Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail.That's a leader.That's us.

ABOUT US

League of Educated Amalgamated and Dominating STJrians (LEADS) is the name of batch 2005-2009.We decided to unite for the benefits of all of us.Our number sharply increase and by 2009, we proudly have 123 members.So this group is created to tighten the brotherhood among us after leaving school.United we stand,divided we fall.

Wednesday, October 12, 2011

Tazkirah : Niat Baik


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .




Monday, May 16, 2011

Khas dari L.E.A.D.S. untuk semua


fuh fuh. habuk kat meja tak tertiup.punya lama blog tak ber'update'. bangun pagi dengan muka semangat, bukak facebook dan wish cikgu-cikgu yang pernah ajar wa. hari ni, 16 Mei 2011 merupakan Hari Guru Malaysia. *tak payah bagitau pon semua da sedia maklum. 
bagi jenis manusia macam wa ni, hari guru adalah hari yang amat wa tunggu. sebab ape? hari ni la hari wajib wa pergi minta ampun dan maaf kat cikgu-cikgu wa (selain hari raya). bukan apa, kita ni hidup tak lepas dari kesalahan. jadi, tiap tahun kita kene la refresh semua kesalahan kita biar tinggal ZERO pada cikgu-cikgu kita. manalah tau, bergurau terkasar ke. *hari-hari minta maaf lagi ok :)



nak cerita pasal pengorbanan guru ni, memang susah nak luahkan dengan kata2. cuma hamba2 yang tertentu je yang dapat rasa jerit perit menyandang tugas sebagai seorang cikgu. macam wa, abah wa cikgu sekolah, bila tiba masa peperiksaan, sanggup tidur lambat semata-mata nak menanda kertas. eh, mana nak jumpe hamba Allah yang sanggup ketepikan nikmat tidur demi menyumbang bakti untuk anak2 bangsa.padahal keesokan harinya, beliau kene melakukan rutin seperti biasa untuk ke sekolah. wa respect abah wa. walaupon cikgu yang kadang2 sibuk, keluarga tak terabai. wa percaya, cikgu-cikgu kat luar sana pon sama macam abah wa. sanggup berkorban demi tanggungjawap tu. 

nak cakap pasal pengorbanan guru, banyak beb. tu satu je contoh wa bagi. sebab kadang2 wa terasa susahnya jadi cikgu macam abah wa. wa dapat rasa susah payah, asam gula dalam kehidupan seorang guru walaupon watak wa hanya anak kepada seorang guru. 

jadi kat sini, wa nak bawak kawan2 semua untuk hargai cikgu-cikgu kita. jangan pernah menyimpan dendam bila cikgu memarahi kita sebab mereka buat semua tu kerna sayangkan anak bangsa. kerana sayangkan kita. jangan pernah membenci mereka sebab merekalah korang semua dapat baca blog rasmi LEADS ni. sayang cikgu-cikgu kita sebab mereka cahaya yang menyuluh kehidupan kita. sentiasa berbuat baik pada mereka sebab mereka adalah pembakar semangat kita. 

untuk semua guru,


SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA
MAAFKAN KAMI JIKA ADA SALAH KAMI

for your patience and caring,
kind words and sharing,
i just want to say,
thank you to be such a wonderful teacher.

I LOVE YOU TEACHERS. NO DOUBT 


Wednesday, January 19, 2011

kita harus menjadi kita yang baru

assalamualaikum wbt. salam satu leads0509.
kepada semua leads yang ada kat utara. pa habaq. barat. apo kabar. timur. mg sehat dok. tengah. how are you. sarawak. pa polah kitak. tak lupa budak oversea. egypt. german. bosnia dan negara sewaktu.

hey. kita da sembilan belas laa. sembilan belas. azam mesti da berbakul bakul buat kan tahun ni walaupun hakikatnya azam dolu dolu dari zaman embryo banyak lagi yang tak tercapai kan. macam tak tahu. nak dapat 4 flat. nak kurus. nak cari awek baru. nak kahwen. but hakikatnya ada tak antara kita kita ni ada azam nak berubah ke arah yang lebih baek. mesti ada. saya yakin dan percaya pasti ada antara kita ada terdetik dalam hati dan seluruh urat saraf neurons. dendrites nak berubah kan. saya tahu. sebab saya kenal batch saya. ayat tak bole bla. cam haram je bunyi.

memang saya tidak nafikan pasti ada antara kita yang berfikir. aku da sembilan belas. so, aku da boleh buat apa yang aku suka sesuka hempedu aku nak buat apa. sebabnya aku da besar dan aku boleh berfikir dengan matang. aku da lama rasa hidup mumaiyyiz. tapi gunakanlah penambahan usia kita ini sebagai satu catalyst untuk muhasabah diri kita. kita da sembilan tahun hidup di bawah naunganNYA. kita da sembilan tahun diberi bermacam macam nikmat dari DIA. dah sembilan tahun hidup kita ini disupport oleh DIA. dengan bertambahnya usia kita, harap harap bertambahlah amalan kita. jangan bertambah dosa ea. haa,jap. bertambah amalan bukan sekadar kuantiti but in terms of quality also. oke. (:

kalau dulu kita selalu solat kat musolla saf depan awal waktu. harap harap sekarang pun macam itu laa.
kalau dulu kita selalu puasa sunat isnin khamis isnin khamis. harap harap sekarang macam itu jugak eak.
kalau dulu kita selalu buat solat hajat. solat taubat. rawatib. harap harap kita maseh melakukannya sekarang.

dengan erti kebebasan yang kita ada sekarang. tanpa dikongkong oleh sesiapa. sepatutnya kita perlu menggunakan kebebasan tersebut untuk ke arah yang lebih baek. seterusnya cemerlang dan gemilang. leads 0509 bukan sahaja haru menjadi yang terbaek di dalam akademik tetapi dalam kerohanian juga perlu. kerana apa. kerana di akhir nanti. kita akan bertemu dengan DIA juga. dan masa tersebut kita tak tahu bila. takkan nak tunggu ajal nak dekat. baru nak bertaubat. dan jika sekarang kita berfikir yang kita tak boleh berubah kerana belum sampai seru. takkan masa jumpa DIA di alam sana. jika DIA tanya mengapa tak pakai tudung for example. kita  dengan sewenang wenangnya nak jawab. tak sampai seru. nauzubillah.

so. untuk menyenangkan kita juga. kita boleh buat jadual mutabaah. seperti yang saya telah lakukan semenjak saya hadir ke sini. kita listkan senarai ibadah. sebagai contoh.
  • subuh awal pagi
  • mathurat pagi petang
  • solat sunat dhuha
  • qiamullail
  • istighfar
  • tilawah
dan setiap hari kita record sama ada kita lakukan ibadah tersebut ataupun tidak. dan dari jadual tersebut sedikit sebanyak kita boleh perbaiki diri kita luar dan dalam. insyaALLAH. dan tidak lupa. masih tak terlambat untuk kita mengikuti usrah usrah yang saya yakin pasti ada di tempat anda semua.

ISLAM itu asing pada permulannya, dan akan kembali asing di kemudiannya. maka beruntunglah orang orang yang asing itu(HR MUSLIM)

memang. kalau nak berubah. memang nampak pelik pada zaman sekarang nih. kalau kita pakai tudung labuh contohnya. orang akan fikir. tak stylo. tak ikut fesyen. tapi itulah yang sebenarnya disyariatkan oleh ALLAH. wanita itu pada zaman jahilliyah tidak langsung diiktiraf. dianggap hina. namun, selepas kedatangan ISLAM, darjat wanita dimuliakan. diiktiraf dengan menyuruh kita menutup aurat. 24:31
jadi. mengapa perlu merendahkan kembali darjat sebagai seorang wanita.
contoh lagi. kalau antara kuliah ke kuliah kita pergi masjid solat dhuha. memang orang akan pandang pelik sangat. orang akan kata macam macam. maybe they will say tunjuk alim. ektrimis seperti yang berlaku kepada saya. but then. thats it. beruntunglah menjadi orang orang yang asing. jangan hiraukan pandangan orang kat kita. tapi hiraukan pandangan ALLAH kepada kita.

dari usrah yang saya ikuti. berdasarkan kajian manhaj yang murabbi saya bentangkan. ada dua perkara yang menjadi penghalang daripada kita mengenal ALLAH dengan sebenar-benarnya. iaitu. penyakit syahwat. dan penyakit syubhah. di bawah penyakit syahwat terbahagi kepada lima iaitu:
  1. fasik yakni orang yang meninggalkan suruhan ALLAH dan melakukan yang dilarang ALLAH dalam keadaan dia mengetahui. (2:26)
  2. sombong yakni orang yang menolak kebenaran.(7:12) (4:36)
  3. zalim yakni orang yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.(33:72)
  4. dusta. (2:10) (2:77)
  5. banyak melakukan maksiat.
mungkin kah kita ada sikap yang lima itu. harap tidak ada. nauzubillah.
mungkin entry kali ini panjang sedikit. namun harap harap ia membri kesedaran kepada kita semua termasuk saya. asif jika terdapat kekasaran bahasa. dan jika entry ini terlalu panjang. last but not least, untuk permulaan, apa kata kita ambil sedikit masa membaca juz amma dan tafsirnya bermula dari surah annaba'. kerana di dalam ayat ayat tersebut banyak pengajaran yang dapat kita peroleh.

semoga ALLAH memberkati anda semua.insyaALLAH.