kepada semua leads yang ada kat utara. pa habaq. barat. apo kabar. timur. mg sehat dok. tengah. how are you. sarawak. pa polah kitak. tak lupa budak oversea. egypt. german. bosnia dan negara sewaktu.
hey. kita da sembilan belas laa. sembilan belas. azam mesti da berbakul bakul buat kan tahun ni walaupun hakikatnya azam dolu dolu dari zaman embryo banyak lagi yang tak tercapai kan. macam tak tahu. nak dapat 4 flat. nak kurus. nak cari awek baru. nak kahwen. but hakikatnya ada tak antara kita kita ni ada azam nak berubah ke arah yang lebih baek. mesti ada. saya yakin dan percaya pasti ada antara kita ada terdetik dalam hati dan seluruh urat saraf neurons. dendrites nak berubah kan. saya tahu. sebab saya kenal batch saya.
memang saya tidak nafikan pasti ada antara kita yang berfikir. aku da sembilan belas. so, aku da boleh buat apa yang aku suka sesuka hempedu aku nak buat apa. sebabnya aku da besar dan aku boleh berfikir dengan matang. aku da lama rasa hidup mumaiyyiz. tapi gunakanlah penambahan usia kita ini sebagai satu catalyst untuk muhasabah diri kita. kita da sembilan tahun hidup di bawah naunganNYA. kita da sembilan tahun diberi bermacam macam nikmat dari DIA. dah sembilan tahun hidup kita ini disupport oleh DIA. dengan bertambahnya usia kita, harap harap bertambahlah amalan kita. jangan bertambah dosa ea. haa,jap. bertambah amalan bukan sekadar kuantiti but in terms of quality also. oke. (:
kalau dulu kita selalu solat kat musolla saf depan awal waktu. harap harap sekarang pun macam itu laa.
kalau dulu kita selalu puasa sunat isnin khamis isnin khamis. harap harap sekarang macam itu jugak eak.
kalau dulu kita selalu buat solat hajat. solat taubat. rawatib. harap harap kita maseh melakukannya sekarang.
dengan erti kebebasan yang kita ada sekarang. tanpa dikongkong oleh sesiapa. sepatutnya kita perlu menggunakan kebebasan tersebut untuk ke arah yang lebih baek. seterusnya cemerlang dan gemilang. leads 0509 bukan sahaja haru menjadi yang terbaek di dalam akademik tetapi dalam kerohanian juga perlu. kerana apa. kerana di akhir nanti. kita akan bertemu dengan DIA juga. dan masa tersebut kita tak tahu bila. takkan nak tunggu ajal nak dekat. baru nak bertaubat. dan jika sekarang kita berfikir yang kita tak boleh berubah kerana belum sampai seru. takkan masa jumpa DIA di alam sana. jika DIA tanya mengapa tak pakai tudung for example. kita dengan sewenang wenangnya nak jawab. tak sampai seru. nauzubillah.
so. untuk menyenangkan kita juga. kita boleh buat jadual mutabaah. seperti yang saya telah lakukan semenjak saya hadir ke sini. kita listkan senarai ibadah. sebagai contoh.
- subuh awal pagi
- mathurat pagi petang
- solat sunat dhuha
- qiamullail
- istighfar
- tilawah
ISLAM itu asing pada permulannya, dan akan kembali asing di kemudiannya. maka beruntunglah orang orang yang asing itu(HR MUSLIM)
memang. kalau nak berubah. memang nampak pelik pada zaman sekarang nih. kalau kita pakai tudung labuh contohnya. orang akan fikir. tak stylo. tak ikut fesyen. tapi itulah yang sebenarnya disyariatkan oleh ALLAH. wanita itu pada zaman jahilliyah tidak langsung diiktiraf. dianggap hina. namun, selepas kedatangan ISLAM, darjat wanita dimuliakan. diiktiraf dengan menyuruh kita menutup aurat. 24:31
jadi. mengapa perlu merendahkan kembali darjat sebagai seorang wanita.
contoh lagi. kalau antara kuliah ke kuliah kita pergi masjid solat dhuha. memang orang akan pandang pelik sangat. orang akan kata macam macam. maybe they will say tunjuk alim. ektrimis seperti yang berlaku kepada saya. but then. thats it. beruntunglah menjadi orang orang yang asing. jangan hiraukan pandangan orang kat kita. tapi hiraukan pandangan ALLAH kepada kita.
dari usrah yang saya ikuti. berdasarkan kajian manhaj yang murabbi saya bentangkan. ada dua perkara yang menjadi penghalang daripada kita mengenal ALLAH dengan sebenar-benarnya. iaitu. penyakit syahwat. dan penyakit syubhah. di bawah penyakit syahwat terbahagi kepada lima iaitu:
- fasik yakni orang yang meninggalkan suruhan ALLAH dan melakukan yang dilarang ALLAH dalam keadaan dia mengetahui. (2:26)
- sombong yakni orang yang menolak kebenaran.(7:12) (4:36)
- zalim yakni orang yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.(33:72)
- dusta. (2:10) (2:77)
- banyak melakukan maksiat.
mungkin entry kali ini panjang sedikit. namun harap harap ia membri kesedaran kepada kita semua termasuk saya. asif jika terdapat kekasaran bahasa. dan jika entry ini terlalu panjang. last but not least, untuk permulaan, apa kata kita ambil sedikit masa membaca juz amma dan tafsirnya bermula dari surah annaba'. kerana di dalam ayat ayat tersebut banyak pengajaran yang dapat kita peroleh.
semoga ALLAH memberkati anda semua.insyaALLAH.