Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail.That's a leader.That's us.

ABOUT US

League of Educated Amalgamated and Dominating STJrians (LEADS) is the name of batch 2005-2009.We decided to unite for the benefits of all of us.Our number sharply increase and by 2009, we proudly have 123 members.So this group is created to tighten the brotherhood among us after leaving school.United we stand,divided we fall.

Monday, May 16, 2011

Khas dari L.E.A.D.S. untuk semua


fuh fuh. habuk kat meja tak tertiup.punya lama blog tak ber'update'. bangun pagi dengan muka semangat, bukak facebook dan wish cikgu-cikgu yang pernah ajar wa. hari ni, 16 Mei 2011 merupakan Hari Guru Malaysia. *tak payah bagitau pon semua da sedia maklum. 
bagi jenis manusia macam wa ni, hari guru adalah hari yang amat wa tunggu. sebab ape? hari ni la hari wajib wa pergi minta ampun dan maaf kat cikgu-cikgu wa (selain hari raya). bukan apa, kita ni hidup tak lepas dari kesalahan. jadi, tiap tahun kita kene la refresh semua kesalahan kita biar tinggal ZERO pada cikgu-cikgu kita. manalah tau, bergurau terkasar ke. *hari-hari minta maaf lagi ok :)



nak cerita pasal pengorbanan guru ni, memang susah nak luahkan dengan kata2. cuma hamba2 yang tertentu je yang dapat rasa jerit perit menyandang tugas sebagai seorang cikgu. macam wa, abah wa cikgu sekolah, bila tiba masa peperiksaan, sanggup tidur lambat semata-mata nak menanda kertas. eh, mana nak jumpe hamba Allah yang sanggup ketepikan nikmat tidur demi menyumbang bakti untuk anak2 bangsa.padahal keesokan harinya, beliau kene melakukan rutin seperti biasa untuk ke sekolah. wa respect abah wa. walaupon cikgu yang kadang2 sibuk, keluarga tak terabai. wa percaya, cikgu-cikgu kat luar sana pon sama macam abah wa. sanggup berkorban demi tanggungjawap tu. 

nak cakap pasal pengorbanan guru, banyak beb. tu satu je contoh wa bagi. sebab kadang2 wa terasa susahnya jadi cikgu macam abah wa. wa dapat rasa susah payah, asam gula dalam kehidupan seorang guru walaupon watak wa hanya anak kepada seorang guru. 

jadi kat sini, wa nak bawak kawan2 semua untuk hargai cikgu-cikgu kita. jangan pernah menyimpan dendam bila cikgu memarahi kita sebab mereka buat semua tu kerna sayangkan anak bangsa. kerana sayangkan kita. jangan pernah membenci mereka sebab merekalah korang semua dapat baca blog rasmi LEADS ni. sayang cikgu-cikgu kita sebab mereka cahaya yang menyuluh kehidupan kita. sentiasa berbuat baik pada mereka sebab mereka adalah pembakar semangat kita. 

untuk semua guru,


SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA
MAAFKAN KAMI JIKA ADA SALAH KAMI

for your patience and caring,
kind words and sharing,
i just want to say,
thank you to be such a wonderful teacher.

I LOVE YOU TEACHERS. NO DOUBT 


No comments: