Pemergianmu adalah satu kehilangan
yang tidak mungkin berganti
walau seratus tahun lagi
sebutir muiara berharga
tentunya akan memakan waktu untuk terbentuk
atau waktu itu yang akan memakannya
menajdi sisa-sisa tanpa wajah
terdampar didasar laut
waktu itu kita akan tertanya dan tercari
bilakah gemerlap mutiara yang pernah bersinar
akan muncul kembali bersama gemerlap suria
memecah rabung air gemersik menampan batu-batu
dan awan di pesisir gunung yang menghijau
Kau adalah inspirasiku
yang menyubur semangat juang
untuk menjadikan kau pelajar yang terbilang
yang megah menjulang kegemilangan
di sini atau di mana sahaja
waktu itu selembar demi selembar
benang kasih akan tersimpuldi sudut hati
terpahat kukuh di sanubari
kerana naluri kita manusia memang begitu
ketika dekat dibenci
ketika jauh dirindu
Vokal : En. Fauzi Bin Othman
Lagu : En. Kamarulzambri Bin Bakar
Lirik : En. Kamarulzambri Bin Bakar
No comments:
Post a Comment